Monday, June 24, 2019

Aidilfitri 2019

Selamat hari raya aidilfitri dari kami. 
1st entry setelah berkurun x update...
😅

Wednesday, June 12, 2013

Buat Baik Selama-lamanya....

entry ni aku repost dr blog gentarasa...
aku suka baca blog ni utk motivate diri sendiri n untuk pengisian hati...


Repost dr blog gentarasa:



“Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “
Saya diam.
“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”
Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.
“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.
“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.
“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.
“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.
“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”
“Oleh siapa?” tanya saya.
“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.
“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.
“Ya kah?”
“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”
“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “
“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”
“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”
“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”
“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.
“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”
“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”
“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.
“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”
Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.  Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”
“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”
“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”
“Jadi ustaz?”
“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.
“Mengapa suami kita mengecewakan?”
“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”
“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”
“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”
Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!
Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.
“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.
“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”
“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada.  Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.
“Oh, saya terlupa. Saya  terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada.  Sebab itu saya jarang bersyukur. “
“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat.  Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”
“Kalau dapat…”
“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”
“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”
“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”
“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”
“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.
“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”
“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”
Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.

aku: lepas dah baca ni..aku tahu aku dah berhenti berjalan...need to wake up and walk again..kerana 'Cinta Kerana Allah' itu sukar tetapi pasti boleh dilaksanakan jika usahanya ada....


Saturday, April 20, 2013

sehari di tahun 2013...

ermmm..entry kat blog ni..samada setahun sekali or 2 tahun sekali..
huhu..selepas dr 2011 stop 'berblogging', tup2..2013 buat enry balik..dah le time2 nak pilihanraya br buat entry..haha..ikut suka labu lah ye....

xde ape nak dicerita..just nak buat new entry..and harap2 tahun ni merajinkan diri untuk 'berblogging'..cuma nak mewar-warkan blog ni je yg agak ermm..nasib le..sape termasuk n terbaca..memang xkan le nak gitau orang suh bc sgt..haha..malu weh...

2013 ni...new year hr tu..sedih skit sbb ada kesedihan dlm family...
then..awal tahun..alhamdulillah..makin ok..tp masih x ok sgtlah..sbb kesedihan bersilih ganti..kematian ahli keluarga/saudara mara silih ganti..tp alhamdulillah..hidup ini tidak kekal kan..tiap yg hidup pasti mati...

then bulan 2..dah nak dekat ujung bulan 2..tup2..anak sulungku...patah paha dia..kata doc purple injury...
kata nursenya..purple injury tu..tuk patah bg org tua je..ni anak dara sorg ni..suma org geleng kepala n jenuh le melayan pertanyaan dr doc n nurse..huhu..dah doc tu kata i ni mak dia ke tak....

maybe org nampak mcm leh lg cool, senyum..tp dihati n bila aku berdua je ngan dia..hny Allah tahu mcm mn rsnya n mcm mn risaunya aku..kasihan dia...
tapi..Alhamdulillah..dah nak masuk 2bulan ni..kadar penyembuhannya ternyata cepat...Alhamdulillah...

so, skang ni..aku jadi suri rumah sepenuh masa untuk jg dia n 2org lg adik nyer..harap next week follow up docnya akan bg green lite utk dia berjln..kesian dia..xleh nak main..., naik bosan kata dia..n mula le sesi mak-anak bertekak..huhu..grg sggh aku ngan anak2...

ermmm..hr ni mood msk kelaut..tetiap wiken mood masak aku kelaut..so mkn luar jelah...
ni br blk..n ayah diorg take turns lyn anak..so mak dia ada masa 'berblogging'..hehe..

eh, dahle..nak gi mkn satay n cr anak2 lak...sonyap sunyi jek.apa dah jd le tu...



Thursday, December 22, 2011

aku yang kebosanan

Huhu..dah pukul 7mlm...ramai dah lama balik..aku je kat opis lagi. Menunggu encik husband.
Xtau nak buat ape dah...dah le skang xde keja..automation dah siap setup...mmg bosan...nak surfing..xtau nak tgk ape...
Cepatler gi amik lesen keta n leh beli 2nd car...harap2 aku sgt bertekad kali ini. Rasa nak setat 1st class next week 31st tu..harap2 berjaya ler...
Aduii..nak gi jln2 sunway giza..xleh..on tight budget..nak blk kedah back to back ni..wiken nih n wiken lagi satu after new year..
Citer baru...aku dah setat keja baru...buat automation...alhamdulillah dipermudahkan urusan pekerjaan..mr hubby pun dah msk keja blk...alhamdulillah...
Mls nak bebel dah..cukup ler...byeee
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, October 10, 2011

haruskah.......

Aku yang di dalam dilema....
Bagaimana kesudahan....
Apakah maksudnya.....
Dimanakah mungkin.....
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, June 02, 2011

countdown for us

3/6/2006 - 3/6/2011.....
2morrow, It will marked 5th years of me being his kekasih halal....
Lots of sweets n of coz sour...too many...lots of obstacles...rajuk2..marah2...sakit hati....sedih...dan gembira....juga :-)
He's been very patient and patient with me, altho i'm alwiz angry or masam2 muka...haha..
But, slowly, we begin to throw all that and fill with more laughing and fun....
Year by year the bonding that we have growth bigger and bigger...he's too, started to change and be a better husband who help me out at home...and become more sensitive and sometimes romantic towards me...haruslah kan...bini dia ni suka manja2 n romantik2 ngan dia..altho from 10 scale..br 3 kot,..kira okler dr dulu lsg xde kan....
We planned to go to water chalet...pangkor laut, pd legend, avillion and lots more...to pulau as well....
But, since d 3 budak kecik coming along with us n no one to look after them except kitorg gak...
So, we decided the hotel that have beach for izma to main pasir and have theme park for their fun....so...2morrow will off to Desaru for 3d 2n....
Nak romantik2 kali ni xleh...harus tunggu next 10yrs wed anni le..br leh berdua...n that time...i want the banjarans ye sayang....
Then, back to kl, so monday we both will spend d time 2gether...budak2 kecik anto umah bbsitter, then we go wyg...maybe lunch cruise...hahaa...dpt ke x..xtau la...itu cik abg not d romantic type...
I just prepared diy card for him, malam ni balik umah baru print..haha..last minute sggh...tp xpe le.......
So, in advance....happy 5th anniversary sayang...mmmuahhh...mmuuahhhh.....
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, April 21, 2011

tired...hungry...broken heart

Sakit hati.
Sakit hati sbb hujan ptg, baju yg dijemur dah 2hari basah je
Sakit hati sebab lapar
Sakit hati sebab balik lambat sebab dia ambik lambat
Sakit hati sebab xleh bwk keta sendiri
Sakit hati sebab xdpt mkn lg macaroons dr minggu lps
Sakit hati sebab kedai kek tu xleh or xbagi order rvc klau nak tulis something atas kek tu
Sakit hati sebab baju/bontot seluar basah sebab tunggu dia dtg sampai terduduk atas tmpt bsh
Sakit hati sebab asik2 mkn kedai nasi ayam, dahle xsuka mkn nasi ayam
Sakit hati, geram, sakit perut...semua ada
Published with Blogger-droid v1.6.7